4 Isu Bertudung Terjawab



Sejak akhir-akhir ini, saya seringkali mendapat pertanyaan yang sama mengenai isu-isu aurat. Bagaimana hendak menjawab alasan mereka yang tak nak menutup aurat? Bagaimana hendak menarik mereka memakai tudung? Bagaimana nak memberi kefahaman kepada mereka tentang aurat? Dan lain-lain lagi.
Di sini saya berusaha mengumpul alasan-alasan dan hujah-hujah balas buat si pelaku dedah aurat. Terima kasih kepada sumber berkenaan, boleh rujuk untuk jawapan penuh. Dan artikel ini bukan sahaja tertumpu pada isu bertudung, malah juga buat muslimah yang bertudung pendek, memakai sendat serta kaum muslimin sendiri yang mendedah aurat. Insyaallah semoga bermanfaat buat mereka yang tercari-cari jawapan mengenai isu ini.
1. Walaupun dedah aurat, diri masih menjaga maruah dan tidak melakukan perkara tak senonoh?”Janganlah nilai orang dari luarannya. Don’t judge a book by its cover!”“Walaupun tidak pakai tudung, saya tetap masih jaga solat dan menjaga tingkah laku”
Jawapan:Adakah anda mendakwa diri anda mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri tanpa perlu menutup aurat? Tetapi adakah anda berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi yang melihat aurat anda mempunyai hati sesuci dan iman setinggi anda juga?
Langsungkah mereka tidak memberi kesan dan tidak membangkitkan nafsu serakah mereka yang berada di hadapan anda? Jadi, perlu diberi kefahaman bahawa kewajipan wanita menutup aurat bukanlah semata-mata untuk menjaga maslahat dan maruah pihak wanita itu sendiri, tetapi maslahah yang lebih besar ialah menjaga masyarakat yang berada di sekelilingnya agar tidak terfitnah disebabkan budaya mendedahkan aurat.
Betapa banyak kes-kes jenayah rogol dan cabul berpunca daripada wanita sendiri yang mempamerkan tubuh badannya yang terdedah di hadapan khalayak lelaki. Maka tutuplah aurat bukan sekadar untuk anda, tetapi juga demi kemaslahatan orang lain di sekeliling.
2. Perempuan yang bertudung lebih teruk daripada tak bertudung?“Ala… perempuan pakai tudung pun berperangai buruk!”“Ada juga rakan saya yang betul-betul menutup aurat tetapi perangai dan kelakuan mereka lebih teruk dari perempuan yang tidak memakai tudung!”“Ada seorang kakak tu pakai tudung, tapi perangai buruk, mengumpat sana mengumpat sini”“Siapa kata orang tak pakai tudung semua jahat?”
Jawapan:Ungkapan anda ini seolah-olah sedang memperlekehkan insan yang sedang berusaha mentaati perintah Allah (dalam bab tutup Aurat). Apakah anda perasan bahawa anda sudah lebih baik berbanding insan yang menutup aurat tersebut apabila anda berani melafazkan ungkapan seperti itu, sedangkan anda sendiri membiarkan aurat anda terbuka?
Salah sama sekali dalam hal ehwal agama, untuk kita membandingkan diri kita dengan mereka yang lebih buruk agama dan akhlak. Ia adalah teknik Syaitan untuk menghentikan seseorang dari melakukan usaha pemulihan diri kepada yang lebih baik.
Nabi bersabda:Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu dia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya. (HR At-Tirmidzi)
3. Tidak mahu hipokrit bila bertudung?“Bertudung ni perlukan keikhlasan…”“Saya mahu berubah kerana saya sendiri yang ingin berubah. Saya mahu melakukannya dengan ikhlas, bukan kerana disuruh.”“Buat apa pakai tudung kalau hati tak betul”
Jawapan:Allah swt dan RasulNya telah mengarahkan seluruh wanita muslimah WAJIB untuk menutup aurat tidak kira sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri. Sama seperti mendirikan solat, membayar zakat, puasa Ramadhan dan semua arahan serta larangan Islam yang lain, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak. Sekiranya ikhlas dijadikan alasan maka, ramai diluar sana tidak perlu solat 5 waktu kerana sukar mencapai tahap keikhlasan yang ingin dicapai.
Perlu diingatkan, jika seseorang menutup aurat secara ikhlas atau separa ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya. Namun tanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana secara zahirnya. ATAU kata lainnya, tatkala itu dia hanya BERDOSA SEKALI iaitu kerana tidak melaksanakannya secara ikhlas, tetapi dia terhindar dari dosa tidak mengerjakan yang wajib ke atasnya secara zahir.
Namun jika dia degil dan tidak menutup aurat, atas alasan TIDAK IKHLAS, TIDAK MAHU HIPOKRIT dan sebagainya, tindakannya itu menjadikannya BERDOSA di sisi Allah secara fizikal dan juga spiritual, atau dalam kata lainnya, dia berdosa DUA KALI.
Dosa di level pertama dan kedua sekaligus, malah lebih musnah apabila dosa level pertama itu sangat mudah bercambah apabila ia berjangkit kepada orang lain, seperti apabila sahaja ada mata lelaki bukan mahram yang melihat, ketika itu dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak mata lelaki yang melihat. Adapun bagi mereka yang tidak ikhlas tadi, at least dia sudah terselamat dari cambahan dosa dari mata lelaki.
4. Menunggu seru untuk bertudung?“Biarlah ianya datang daripada saya sendiri, bukan dipaksa sesiapa. Bila tiba masa, Insyaallah saya bertudung”“Saya tahu hari itu akan tiba tetapi bukan sekarang”“Insyaallah, apabila sudah berkahwin barulah saya bersedia”
Jawapan:Jika bukan sekarang, maka adakah apabila sudah terlantar di rumah mayat baru ingin berubah? Sedarilah wahai diri, bahawa kematian akan datang secara tiba-tiba dan tiada sebarang jaminan umur masih panjang beberapa minggu lagi.
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang bisa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang ‘aurat wanita. Dan jangalah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka.Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” – (Surah an-Nur ayat 31)

ERTI SEBENAR CINTA BAGI AKU. . .episod 1


Cinta apa itu cinta?? Adakah ia Perasaan rindu dendam? Gelora nafsu? Atau kasih sayang yang suci antara dua hati kerana Allah? Macam-macam definisi cinta,kadang kala tak terlintas di akal fikiran manusia, dan adakalanya manusia itu boleh jadi gila kerana mengejar cinta, dasyatnya cinta.
Kata orang cinta itu indah, kata orang jugak cinta itu menyakitkan seperti besi panas yang menikam terus di hati, ohhh pedihnya cinta. Cinta tak semestinya memiliki, betul ke? Apa maknanya cinta kalau kita tidak memilikinya?? Pengorbanan!! Sampai bila kita harus berkorban?
Bait-bait kata ada menyatakan, “kalau kita cintakan dia, kita kena lepaskan dia untuk orang yang dia sayang,” kata-kata memang senang untuk kita ungkapkan, tapi mustahil untuk kita lakukan. Bila hati dah sayang,bila hati dah cinta, kita tak akan lepaskan dia untuk orang lain. Dia hanya milik kita. Tapi bahagiakah dia nanti dengan kita, sedangkan dalam hati dia menyintai orang lain?
Pedihkan bila kita menyintai seseorang yang tidak menyintai kita, sakitkan bila cinta kita langsung tidak diterima, dan lagi merana bila orang yang kita cinta, hanya pura-pura cintakan kita atas dasar simpati,atas dasar kesian, apakah ertinya cinta?

Indahnya bila manusia itu di lamun cinta, terasa dunia bagaikan syurga...ohhh asyiknya cinta,tapi sekarang mana nak cari cinta sejati?? Cinta kerana Allah, yang ada hanya cinta berlandaskan nafsu semata-mata. Nafsu syaitan menguasai segala-galanya, hebatkan syaitan, berjaya menyesatkan manusia hanya dengan perasaan cinta, perasaan cinta antara adam dan hawa.

akan bersambung.....

Temuduga Kementerian Kesihatan

 Hari ni awal2 pagi lagi bangun menyiapkan diri untuk ke tempat temuduga di Makmal Kesihatan  Awam, Kota Bharu. Perasaan berdebar hnya Allah je yg yang tahu..dari awal lagi aku niat untuk pergi temuduga kerana Allah, dan aku hanya berserah padanya... semalam mata ni xboleh nak pejam, tak boleh nak tidur lena, ntah kenapa xtau...

  Jawatan aku pohon melalui online SPAT, setahun yg lepas., dan 15/03/2013, aku mendapat surat pangilan temuduga pada 31/03/2013, Alhamdulillah, rezeki untuk aku.. gembira tak terkata, walaupn aku tahu,, itu hanya tapisan awal sebelum berjaya di serap ke dalam kerja yg aku pohon...

  Sampai aje depan pintu temuduga, jantung ni semakin kuat berdegup... tambah plak dengan keadaan aku yg ketika itu sakit tekak...hadoiiii... suara xde la plak time2 ni... pengurus pendaftaran penemuduga bagi 2 helai kertas. Satu senarai semak sijil2, dan satu soalan bertulis yg bertajuk "pengalaman yang tidak dapat dilupakan" satu karangan pendek. 20 Patah perkataan. Giliran aku untuk ditemuduga nombor dua. Haaa nom dua...awalnyer..  perasaan cemas mula menghantui diri... bila calon pertama lama sangat dalam bilik temuduga.

  Kini Tiba giliran aku. Langkah yg disusun dengan rasa cemas ke meja penemuduga, hanya seorang sahaja, lelaki. Soalan Pertama yg ditanya jawatan apa yg di pilih? Sebenarnya ada 5 jawatan untuk di pilih.. dan aku menjawab " Pembantu Perawatan Kesihatan" .
Soalan kedua... apakah tugas seorang ppk...
Soalan ketiga... ceritakan mengenai diri anda?
Soalan keempat... Tentang Rukun Negara?
Soalan kelima... hubungkait rukun negara dengan jawatan yg dipohon.
Soalan keenam... apa itu 1Malaysia..
Soalan ketujuh... Menteri kesihatan..dan Timbalan Menteri kesihatan
Soalan kelapan... Sanggup atau tidak berdepan dengan najis dan muntah atau darah.
Soalan kesembilan... sangup atau tidak dihantar bekerja di kawasan pedalaman.
Soalan kesepuluh... kenapa sy patut ambil anda berkerja.
Sekian..

  Tapi semua soalan itu. Aku xdapat jawab dengan lancar dan yakin... mungkin sebab takut... aku sudah jangka temuduga kali ini akan gagal... sedih sgt lepas keluar dari bilik tu..smpai je umah menyesal gak sudah..andai boleh ku ulang kembali... tp aku mohon sgt aku akan dapat jawatan itu.. walaupun peluangnya tipis.

  Mungkin boleh cuba lain waktu... Insyaallah.
Aku yakin boleh.. hanya Tawakall... dan aku bernazar jika aku dapat jawatan ni...
Aku akan buat sebanyak2 kebaikan... dan aku akan buat majlis kesyukuran(Samada sedekah dekat Masjid@jemput org makan kt umah)... InsyaAllah..

Usaha Dan Tawakkal..... saya yakin berjaya.

Cinta dan pengorbanan. . .

Cinta itu indah, cinta itu suci, tapi ... cinta itu lebih bermakna jika kerana Allah..

Tapi,ada lagi ke cinta kerana Allah zaman sekarang,yg ada semuanya berlandaskan nafsu semata-mata... Cinta yang Suci telah di butakan dengan nafsu manusia yang tidak tahu menilai erti cinta sebenar, Ada yang sanggup berkorban demi sayang.. ada yg sanggup jual maruah diri demi untuk membuktikan cinta.. janji dan sumpah setia..

Sukar untuk mencari cinta yg tulus... mencintai hanya kerana Allah..  Tak semua lelaki jahat,tak semua lelaki tak bertanggungjawab... tp ramai yg macam tu.. antara seribu.. hanya 1 yg betul2 bernilai...

Susahnya nak jumpa lelaki yg baik.. beriman... beramal soleh...
Tapi boleh jumpa ke kalau diri sendiri pn tak macam yg di inginkan...

Kata pepatah.. " Lelaki baik hanya untuk wanita yg baik.... " macam xadil je kan...
Tapi itulah lumrah.... 

Cinta memang memerlukan pengorbanan...
Tapi jangan disebabkan cinta..kita jadi buta...

Bnyakkan brdoa agar berjumpa dengan jodoh yg baik...
InsyaAllah...

Lama menghilang....

 Assalamualaikum W.B.T.,.....

    Dah lama nak jenguk blog ni.... tengok2 dah bersarang dah kat sini.... bukan ape.. cuma semenjak dua menjak ni.. sibuk.sikit... sbuk dengan TCA dengan doktor tak habis2... sekarang ni alhamdulilah..semunya dah beransur pulih... lagi sebulan baru kena jumpa balik doktor....

  Kalau tak tiap2 minggu kena jumpa doktor...(sakit ape smpai tiap2 minggu jumpa doktor???) .. Saya tak sakit, cuma kena jumpa doktor buat follow-up selepas pembedahan  A.B.G pada 23/12/12 baru ni... hari ni dah masuk hari yg ke-40 selepas pembedahan... dah lepas pantang dh..hihihi.... 

   Tapi..........yg paling mengecewakan...pembedahan sy GAGAL . (kenapa gagal?? ) Sebab kena jangkitan kuman...Jadi terpaksa buat sekali lagi.... Buat lagi sekali??? Bila fikir2 balik kena masuk bilik pembedahan lagi... perasaan cemas
.rungsing kembali bersarang dalam kotak fikiran ni... tapi sy kena tabah... sebab... ini semua demi kebaikan sy..dan kesihatan sy... 

   Perancangan untuk buat pembedahan kali ke - 2 lambat lagi.... tapi hati dah mula berdebar2.. .. Ya Allah.. permudahkanlah segala urusan ku... hanya padaMu aku meminta..dan hanya padaMu..aku bermohon....

  Sekarang Dalam Dilema samada nak buat pembedahan kali kedua dekat tempat sama... kat HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB II...atau HOSPITAL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA...
Sedang bermenung.. hospital mana lagi elok... 

"Tiada siapa yg boleh ubah nasib hidup kita... lau bukan kita sendiri yg cuba ubah nasib kita sendira... segalanya hanya kerana Allah... Terima Kasih Allah"

Temujanji... Temujanji... Dan Temujanji

       Awal2 pagi lagi dah kena bertolak dari Pasir Puteh ke Kota Bharu untuk temujanji dengan pakar @Jabatan Bedah Mulut., Hospital Raja Perempuan Zainab II,Kota Bharu.... masa perjalanan lebih kurang 1jam.. itupun kalau jalan tak sesak... (Jalan sekarang memang sesak..sebab Hujan)...

      Masuk hari ni ini dah kali ke-3 buat review lepas pembedahan A.B.G(alveolar Bone Graft) pada 23 Disember 2012. Kenapa kena buat pembedahan A.B.G?? Saya lakukan pembedahan ni selepas nasihat pakar sebab gigi bahagian depan tak dapat tumbuh dengan sempurna akibat ketiadaan gusi,, dan air akan meleleh keluar melalui hidung ketika minum air.,dan sukar untuk letak bridge a.k.a gigi palsu...

        Macammana proses A.B.G??? .. A.B.G ialah pemindahan sum sum tulang dari tulang pinggul untuk diletakkan sebagai implan kat gusi... (macam tu la lebih kurang) ..
Sakit tak??? Hanya Allah je tahu betapa sengsaranya selepas menjalani pembedahan ni...  Selama 7jam berada dalam dewan bedah.dari jam 8pagi, pukul 3petang baru keluar dari dewan bedah. Keluar dari dewan bedah dalam keadaan mamai lagi... tapi saya bersyukur sangat2 ibu tetap setia menanti di luar dewan bedah berjam2,dan berlapar..demi saya..(seorang ibu sanggup melakukan apa sahaja demi anak tersayang,)

       Bila dah dipindahkan dalam wad, keadaan saya lemah sangat(mungkin penangan ubat bius masih ada),kepala pening yang teramat,(macam nak pecah kepala). Saya hanya terbaring kaku di katil no 20,wad Melati. Sum sum tulang diambil bahagian kanan,kaki saya masa tu memang tak boleh nak di gerakkan,berat sangat rasa...Hampir 3jam terbaring,saya cuba untuk bangun, tapi gagal.,sebab rasa sakit yg teramat di bahagian pinggul, sampai la muntah keluar darah(banyak sangat2 darah).

      Esoknya...saya dah boleh discaj,walaupun nk berjalan terhenjot2,dengan muka yang bengkak. .. sampai sekarang pn masih lagi sakit bila nk jalan... kat dalam mulut plak gerun nk tengok lama2 sebab penuh dengan benang jahitan...benang jahitan kat dalam mulut ni boleh buang bila luka dah betul2 pulih..tapi luka lambat lagi kot nk pulih sebab implan yg letak kat gusi tak terlindung dengan sempurna,pasal tu 2@3hari sekali kena buat review,sebab nk pastikan luka pulih dengan sempurna.
   
       Terpaksa la berpantang... macam orang pantang mengandung... seksa... boleh tengok je makanan sedap2 tapi tak boleh nak makan.,takut bernanah.. hari2 makan benda yang lembut2 je.. tak boleh makan makanan keras... berat badan susut mendadak.. dari 45kg ke 39kg!! Terpaksa la bersabar... ''Bersusah2 dahulu,Bersenang2 kemudian''.

         Doakan saya cepat sembuh...next review 07.Januari 2013.