Temuduga Kementerian Kesihatan

 Hari ni awal2 pagi lagi bangun menyiapkan diri untuk ke tempat temuduga di Makmal Kesihatan  Awam, Kota Bharu. Perasaan berdebar hnya Allah je yg yang tahu..dari awal lagi aku niat untuk pergi temuduga kerana Allah, dan aku hanya berserah padanya... semalam mata ni xboleh nak pejam, tak boleh nak tidur lena, ntah kenapa xtau...

  Jawatan aku pohon melalui online SPAT, setahun yg lepas., dan 15/03/2013, aku mendapat surat pangilan temuduga pada 31/03/2013, Alhamdulillah, rezeki untuk aku.. gembira tak terkata, walaupn aku tahu,, itu hanya tapisan awal sebelum berjaya di serap ke dalam kerja yg aku pohon...

  Sampai aje depan pintu temuduga, jantung ni semakin kuat berdegup... tambah plak dengan keadaan aku yg ketika itu sakit tekak...hadoiiii... suara xde la plak time2 ni... pengurus pendaftaran penemuduga bagi 2 helai kertas. Satu senarai semak sijil2, dan satu soalan bertulis yg bertajuk "pengalaman yang tidak dapat dilupakan" satu karangan pendek. 20 Patah perkataan. Giliran aku untuk ditemuduga nombor dua. Haaa nom dua...awalnyer..  perasaan cemas mula menghantui diri... bila calon pertama lama sangat dalam bilik temuduga.

  Kini Tiba giliran aku. Langkah yg disusun dengan rasa cemas ke meja penemuduga, hanya seorang sahaja, lelaki. Soalan Pertama yg ditanya jawatan apa yg di pilih? Sebenarnya ada 5 jawatan untuk di pilih.. dan aku menjawab " Pembantu Perawatan Kesihatan" .
Soalan kedua... apakah tugas seorang ppk...
Soalan ketiga... ceritakan mengenai diri anda?
Soalan keempat... Tentang Rukun Negara?
Soalan kelima... hubungkait rukun negara dengan jawatan yg dipohon.
Soalan keenam... apa itu 1Malaysia..
Soalan ketujuh... Menteri kesihatan..dan Timbalan Menteri kesihatan
Soalan kelapan... Sanggup atau tidak berdepan dengan najis dan muntah atau darah.
Soalan kesembilan... sangup atau tidak dihantar bekerja di kawasan pedalaman.
Soalan kesepuluh... kenapa sy patut ambil anda berkerja.
Sekian..

  Tapi semua soalan itu. Aku xdapat jawab dengan lancar dan yakin... mungkin sebab takut... aku sudah jangka temuduga kali ini akan gagal... sedih sgt lepas keluar dari bilik tu..smpai je umah menyesal gak sudah..andai boleh ku ulang kembali... tp aku mohon sgt aku akan dapat jawatan itu.. walaupun peluangnya tipis.

  Mungkin boleh cuba lain waktu... Insyaallah.
Aku yakin boleh.. hanya Tawakall... dan aku bernazar jika aku dapat jawatan ni...
Aku akan buat sebanyak2 kebaikan... dan aku akan buat majlis kesyukuran(Samada sedekah dekat Masjid@jemput org makan kt umah)... InsyaAllah..

Usaha Dan Tawakkal..... saya yakin berjaya.

No comments: