ERTI SEBENAR CINTA BAGI AKU. . .episod 1


Cinta apa itu cinta?? Adakah ia Perasaan rindu dendam? Gelora nafsu? Atau kasih sayang yang suci antara dua hati kerana Allah? Macam-macam definisi cinta,kadang kala tak terlintas di akal fikiran manusia, dan adakalanya manusia itu boleh jadi gila kerana mengejar cinta, dasyatnya cinta.
Kata orang cinta itu indah, kata orang jugak cinta itu menyakitkan seperti besi panas yang menikam terus di hati, ohhh pedihnya cinta. Cinta tak semestinya memiliki, betul ke? Apa maknanya cinta kalau kita tidak memilikinya?? Pengorbanan!! Sampai bila kita harus berkorban?
Bait-bait kata ada menyatakan, “kalau kita cintakan dia, kita kena lepaskan dia untuk orang yang dia sayang,” kata-kata memang senang untuk kita ungkapkan, tapi mustahil untuk kita lakukan. Bila hati dah sayang,bila hati dah cinta, kita tak akan lepaskan dia untuk orang lain. Dia hanya milik kita. Tapi bahagiakah dia nanti dengan kita, sedangkan dalam hati dia menyintai orang lain?
Pedihkan bila kita menyintai seseorang yang tidak menyintai kita, sakitkan bila cinta kita langsung tidak diterima, dan lagi merana bila orang yang kita cinta, hanya pura-pura cintakan kita atas dasar simpati,atas dasar kesian, apakah ertinya cinta?

Indahnya bila manusia itu di lamun cinta, terasa dunia bagaikan syurga...ohhh asyiknya cinta,tapi sekarang mana nak cari cinta sejati?? Cinta kerana Allah, yang ada hanya cinta berlandaskan nafsu semata-mata. Nafsu syaitan menguasai segala-galanya, hebatkan syaitan, berjaya menyesatkan manusia hanya dengan perasaan cinta, perasaan cinta antara adam dan hawa.

akan bersambung.....

No comments: